Click here for more graphics and gifs! Selamat sejahtera,Nama saya Lau Siaw Khee dari kumpulan EL-J02 ( A121PJJ ). Blog ini berkaitan dengan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2. Sila memberikan pendapat anda kerana pendapat anda amat manfaat kepada saya. Sekian terima kasih. Click here for more graphics and gifs!

Monday 26 November 2012

Terang dan Gelap

4.1 Menganalisis keadaan terang dan gelap.

Sumber Cahaya
- Merupakan objek yang mengeluarkan cahaya.






















Bayang-bayang



1. Cahaya bergerak dalam garis lurus.
2. Bayang-bayang akan terbentuk apabila cahaya  
   dihalang oleh sesuatu objek.
3. Bentuk bayang-bayang yang terbentuk bergantung 
   kepada objek itu. 


Keperluan Cahaya

1. Manusia dan tumbuhan memerlukan cahaya.
2. Kita tidak boleh melihat benda di sekeliling kita jika tiada cahaya.
3. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanannya sendiri.

 Contoh:




 Pengetahuan tentang pembentukan bayang-bayang
- Kita boleh membuat permainan dengan bayang-bayang.
 Contoh : Wayang kulit atau menggunakan tangan untuk menghasilkan bayang-bayang  
          bentuk haiwan.












Sila mengunjungi laman web yang berikut untuk melihat cara membuat wayang kulit

http://blog.penyubiru.com/2012/06/cara-membuat-wayang-kulit-versi-moden.html

Lembaran kerja yang disediakan untuk topik ini.


HOME 


Thursday 22 November 2012

Asas Teknologi

5.1 Pemasangan Komponen Binaan berdasarkan Manual    
    Bergambar. 

Click here for more graphics and gifs!
Click here for more graphics and gifs!
1. Manual bergambar mengandungi maklumat tentang contoh model binaan, komponen-
   komponen dan langkah pemasangan.
2. Komponen ialah bahagian-bahagian binaan yang terdiri daripada pelbagai bentuk,
   jenis,saiz dan warna.
3. Contoh set binaan yang boleh didapati di pasaran.
                                     
 Langkah-langkah untuk memasang set binaan adalah seperti berikut:

 1.Memilih komponen yang diperlukan.
 2.Pastikan kuantiti komponen yang dipilih adalah betul dan mencukupi.
 3.Memasang Komponen binaan berdasarkan manual bergambar.
 4.Murid membuat persembahan model yang telah siap dipasang.
 5.Selepas komponen model binaan dipasang, komponen mesti dibuka mengikut 
   langkah-langkah yang teratur untuk mengelakkan kerosakan pada komponen   
   tersebut.            
 6.Komponen perlu disimpan di dalam bekasnya supaya tahan lama.


    Aktiviti murid 
    Rancangan Pengajaran Harian
Click here for more graphics and gifs!


                                                                        

Monday 19 November 2012

Anak Haiwan

Anak Haiwan

Anak haiwan yang menyerupai ibunya

Click here for more graphics and gifs!
- Kebanyakan anak haiwan menyerupai ibunya.
  
Anjing dan anaknya
Kamping dan anaknya












             


       
Kuda dan anaknya 


Beruang dan anaknya
 
 Anak haiwan yang tidak menyerupai ibunya

- Terdapat sesetengah anak haiwan yang tidak menyerupai ibunya. 
Click here for more graphics and gifs!


Rama-rama dan anaknya

Ulat beluncas
Rama - rama

Katak dan anaknya

Berudu
Katak


Nyamuk dan anaknya

Jentik-jentik
Nyamuk

 - Katak, nyamuk dan rama-rama kelihatan tidak sama dengan anak-anaknya.
 - Haiwan-haiwan itu melalui beberapa peringkat semasa membesar.
 - Haiwan-haiwan itu berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain
   semasa membesar.

Kitar hidup rama-rama 

1. Beluncas menetas daripada telur.
2. Kemudian, beluncas bertukar  
   menjadi pupa.
3. Akhirnya, pupa bertukar menjadi 
   seekor rama-rama.
                                                          
                                                                            
  Kitar hidup katak 
                  

1. Telur menetas menjadi berudu.
2. 4 kaki akan terbentuk semasa berudu
   membesar.
3. Ekornya pula akan menjadi semakin
   pendek semasa membesar.
4. Akhirnya, berudu berubah menjadi
   katak yang mempunyai 4 kaki tetapi
   tiada ekor.



                                                                              
                                                                               
Latihan                                                            
                                                                           
                                                                            
                                 





Sunday 18 November 2012

Persembahan Untuk Tajuk Cara Pembiakan Haiwan

Click here for more graphics and gifs!
Click here for more graphics and gifs!

              Cara Pembiakan Haiwan

Cara Pembiakan Haiwan


Sila tekan " Nota " untuk melihat penjelasan yang lanjut.

Monday 12 November 2012

Kepentingan Haiwan


2.1.6 Menyatakan kepentingan haiwan kepada manusia. 

1. Haiwan memberikan banyak kepentingan kepada manusia.

2. Antara fungsi haiwan kepada manusia ialah sebagai sumber makanan,
   pakaian,pertanian dan pengangkutan.
 
3. Selain manusia, tumbuhan juga memerlukan haiwan sebagai agen penyebaran biji 
   benih.


Sumbangan haiwan kepada manusia dan tumbuhan. 

 
Makanan

Pertanian
pengangkutan

                                                         
Pakaian
Penyebaran biji benih




                     - Haiwan makan buah-buahan dan membuang bijinya.
                     - Hal ini membolehkan tumbuhan disebarkan ke tempat lain.